22 May 2010

Buah Hati Umi


Muhammad Haziq bin Fakhrul Anwar, 7 bulan 1 minggu
Di sebalik langsir yang Mak Ngah jahit ni lah buah hati ku selalu bermain. Apa yang menarik di situ,entahlah..mungkin alunan langsir di tiup angin menarik perhatiannya. Play more,learn more sayang...
Sekarang di rumah mak mertua ku. Balik hujung minggu sebab kenduri jiran sebelah. Buah hatiku lena di buai, penat bermain seharian dengan mak-mak saudaranya,sepupu-sepupunya,atuknya,neneknya...Umi sayang Muhammad Haziq

Buah Hati Umi

20 May 2010

Cara Menambahkan Pengeluaran Susu Ibu

Cara meningkatkan milk production:

1) Pastikan bayi anda mengosongkan breast anda dengan sepenuhnya dengan cara menyusukan anak anda dengan posisi yang berlainan. Posisi yang berlainan mengosongkan bahagian breast berlainan.
* bf_position (Sila rujuk www.diyaluna.com)
2) Tambahkan sesi mengepam 15 minit sebelah breast selepas menyusukan bayi anda atau between each feeding (Contohnya bayi minum pukul 9 pagi, pam pada pukul 10 pagi kerana berkemungkinan (tidak semestinya) dia akan bangun untuk menyusu pada pukul 11 pagi). Tujuan pam :
o Mengosongkanbreast supaya susu baru dihasilkan
o Memberi signal kepada brain untuk menghasilkan lebih banyak susu
o Membuat stok beku EBM (Expressed Breast Milk)
3) Susukan bayi anda sekerap mungkin semasa anda dirumah. AIM 1.5 to 2 hours semasa siang dan 3 jam sekali semasa malam.
4) Biarkan bayi menyusu sebelah breast sehingga kosong dan offer breast yang kedua (sekiranya dia mahu). Kalau bayi menolak,pam 15 -20 minit untuk mengosongkan.
5) Bercuti!
o Luangkan cuti panjang (3 hari) bersama bayi anda dan susukannya sekerap mungkin(siang dan malam) tanpa memikirkan kerja rumah/ofis.
6) Tiada penggunaan pacifier dan bottles
o Penggunaan puting (pacifier) dan bottles mengganggu proses breastfeeding yang berkesan. Sekiranya bayi anda terpaksa disusukan selain direct feeding, gunakan sudu atau cup kecil.
7) Hanya Susu Ibu
o Avoid air suam, susu formula atau supplement lain jika bayi dibawah umur 6 bulan. Sekiranya bayi berusia lebih dari 6 bulan dan sudah mula makan, cuba kurangkan pengambilan makanannya.
8) Ibu perlu bertenang dan sentiasa gembira
o Eat well, drinks a lot of water. Berehat secukupnya dan makan yang bernutrisi serta berkhasiat.
9) Consider Galactagogue
o Galagtagogue ialah herba yang boleh meningkatkan produksi susu antaranya ialah fenugreek, blessed thistle, and alfalfa.
Nota : Galagtagogue akan lebih berkesan sekiranya anda meningkatkan frequency pengepaman anda.

Nota Luna:

* Bayi yang fussy, kerap merengek bukan petanda susu anda tidak cukup. Dia mungkin sedang mengalami Growth Spurt. Teruskan menyusui anak anda dan semuanya akan berakhir sebelum anda jumpa puncanya merengek :)
* Breast yang tidak bengkak bukan petanda anda tidak menghasilkan susu sebaliknya badan anda sudah mulai adjust dengan demand anak anda
* Susu yang tidak leaking juga bukan bermakna susu anda kurang. Badan anda sudah menghasilkan susu yang cukup dengan demand anak anda

Baru sudah makeup

Banyak hari dah tak update blog. Biasalah,selalu tak sempat curi masa. Masa tu ada je. 2 3 hari ni baru mula buka blog semula. Ni dah siap makeover,cantik tak? Baru belajar buat apa yang bole buat.
Hari ini anak-anak jagaan tak datang. Saudara Erin (mama anak-anak jagaan) ada bertandang ke rumahnya. Kemungkinan saudaranya tu lah yang tolong jaga. Sudah hampir seminggu rasanya mereka bermalam di rumah Erin. Ada urusan keluarga menurut Erin. Petang tadi aku menemani suami tuisyen di rumah abang nya di Putrajaya. Anak-anak buah suami, Muallim & Muadz baru sahaja menghabiskan peperiksaan PKSR mereka di sekolah radi. So, petang ni agak kemalasan budak-budak tu nak tuisyen. Suami ajar mereka Iqra' bagi mengisi masa terluang. Cuaca di luar mengundang rasa mengantuk. Hujan lebat dengan kilat dan petir. Buah hatiku, Muhammad Haziq lena di dalam buai. Lebih kurang pukul 5.15 petang,kami sekeluarga bertolak balik Saujana Putra. Hujan masih renyai...
Malam, buah hatiku sudah lena diulit mimpi. Suami ku melayari internet. Facebook laman sesawang yang boleh membuatkan dia leka. Apa lagi, "berkebun" lah. Aku pun kadang-kadang rajin jugak "berkebun" ni, tapi bergantung pada moodlah. Malam makin sunyi. Rumah sebelah yang memang selalu riuh rendah pun agak sepi ketika ini.Tidak kedengaran suara Owen dan Eyas "berperang". Itulah dunia mereka, bermain, menangis, ketawa...
Mataku masa segar. Macam nak layari lagi internet. Cari info dan ilmu yang boleh di penuhkan di dada. Kita layan lah dulu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...