20 May 2010

Baru sudah makeup

Banyak hari dah tak update blog. Biasalah,selalu tak sempat curi masa. Masa tu ada je. 2 3 hari ni baru mula buka blog semula. Ni dah siap makeover,cantik tak? Baru belajar buat apa yang bole buat.
Hari ini anak-anak jagaan tak datang. Saudara Erin (mama anak-anak jagaan) ada bertandang ke rumahnya. Kemungkinan saudaranya tu lah yang tolong jaga. Sudah hampir seminggu rasanya mereka bermalam di rumah Erin. Ada urusan keluarga menurut Erin. Petang tadi aku menemani suami tuisyen di rumah abang nya di Putrajaya. Anak-anak buah suami, Muallim & Muadz baru sahaja menghabiskan peperiksaan PKSR mereka di sekolah radi. So, petang ni agak kemalasan budak-budak tu nak tuisyen. Suami ajar mereka Iqra' bagi mengisi masa terluang. Cuaca di luar mengundang rasa mengantuk. Hujan lebat dengan kilat dan petir. Buah hatiku, Muhammad Haziq lena di dalam buai. Lebih kurang pukul 5.15 petang,kami sekeluarga bertolak balik Saujana Putra. Hujan masih renyai...
Malam, buah hatiku sudah lena diulit mimpi. Suami ku melayari internet. Facebook laman sesawang yang boleh membuatkan dia leka. Apa lagi, "berkebun" lah. Aku pun kadang-kadang rajin jugak "berkebun" ni, tapi bergantung pada moodlah. Malam makin sunyi. Rumah sebelah yang memang selalu riuh rendah pun agak sepi ketika ini.Tidak kedengaran suara Owen dan Eyas "berperang". Itulah dunia mereka, bermain, menangis, ketawa...
Mataku masa segar. Macam nak layari lagi internet. Cari info dan ilmu yang boleh di penuhkan di dada. Kita layan lah dulu...

1 comment:

asma said...

tambah berseri blog..pasni leh post byk2 lg..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...